Thursday, June 30, 2011

Jambatan Ini

Ya..aku disini merenungi hari-hari depanku,
aku pandang dengan pandangan mata yang tajam,
tercari-cari sebilas cahaya sang yang agung,
mungkin aku masih mentah dalam meniti jambatan ini,
tetapi dengan hati-hati Aku melaluinya,
sebab jambatan ini sudah usang dimakan oleh zaman canggih ini,
Aku umpama sang semut yang terkial-kial untuk melangkahkan kaki menuju penghujung 
jambatan ini.
Aku juga manusia biasa yang cuba untuk menjadi sempurna...
Aku juga manusia yang diibaratkan lilin yang rela membakar diri sendiri 
untuk orang lain.
Jambatan ini mengajar aku untuk lebih bertahan dan bersabar 
walaupun jambatan ini reput
Aku pasti sampai ke sana!

4 comments:

  1. Lumrah dari azali perjalanan kita banyak cabaran yang merintangi sepanjang laluan itu..Namun Tuhan juga adil kerana Dia menciptakan setiap makluk di bumi ini berpasang-pasangan untuk saling menemani dan memenuhi keperluan itu..

    ReplyDelete
  2. hurmm...mendalam saja bunyi comment ko ni kiel. hahahah

    ReplyDelete
  3. hahaha......setiap baris kata2 penuh dgn makna tersirat tu mrs eyerain..

    ReplyDelete
  4. hahaha..apala kunun makna tersirat ko tu kiel? hahaha

    ReplyDelete