Saturday, March 30, 2013

Pimples on my chin

Urghh...Lot of pressure nowadays.
I need my healthy and glow skin back. My skin in my face became worst day by day and i try my best here to care and protect my skin from became more worst and disgusting.
Recently, aku perasan something...my chin kerap tumbuh jerawat dan blackhead. Seriously, aku rasa jarang bahagian dagu aku ni clean dari jerawat. almost everyday ada...dan hari ini aku rasa dagu aku ni sangat gatal dan rasa sakit dan berdengut2 sebab ada beberapa biji jerawat tumbuh dengan pesatnya kat sini. Dah tu siap bernanah lagi...bukanlah sampai mcm bisul tu tapi ada putih2 kat atas dia. rasa geram sangat tengok..nak picit janganlah mmg tersangat sakit.

Macam ni lah keadaan jerawat aku ni sekarang.
Photo takes from Mr Google.
Geli tak tengok..aku jarang ada jerawat ni tapi apabila dah dewasa ni, banyaklah pula dia datang. walaupun tak banyak kat bahagian lain tapi bahagian lain pula timbul masalah mcm kat photo bawah ni. Aku panggil benda ni jerawat hitam berlubang. Huh...tension sebab banyak ada kat hidung aku dengan pipi bawah mata aku ni. rasa nak beli vacum dan sedut one by one
Again from Mr Google
Okay berbalik dengan masalah pimples on my chin...aku ada buat beberapa researh dengan professor Mr.Google. Thanks mr Google your give me a lot of answer.
I refer kepada 1 blog kesihatan..ooo aku tak tau lokasi2 jerawat tumbuh pun ada maksud tersirat dia. Sebab aku selalu mengalami masalah bahagian chin ni so aku research banyak2 pasal ni, maka inilah pendapat mereka.
Cleansing Queen.dagu anda dikaitkan dengan usus kecil anda supaya jerawat di kawasan ini mungkin menunjukkan pembentukan toksin atau keperluan untuk memasukkan lebih banyak serat dalam diet anda.
Aku dah cakap badan aku ni banyak toxic. hahaha...dari dulu aku merungut pasal ni. lol...haizzz...tension tension. Mulai sekarang aku nak bertekad makan fiber banyak2 dalam diet harian aku dan aku juga bertekad nak mencari 1 supplement untuk mengurangkan/menghilangkan toxic dalam badan ni. 


Friday, March 29, 2013

Will you marry me??

Some one told me that he dream something fun and you know what is it??
He dream about me getting married with unknown guys.
woot woot...what is that mean huh?
anyone can help me to explain the dream meaning to me??? lol

After my love friend ni share mimpi dia kat saya...i was like hurmmm....full of ?????? 
who?...when?...where?and what is that mean. lol
there a lot of curiosity..haizz.

urghh...just a dream maa..don't be too excited and curios. lol
 

Wednesday, March 27, 2013

Senyum lebar sampai telinga..

Thanks God...
Inilah ayat pertama yang aku cakap setelah mendapat tahu bahawa dua minggu jobless aku  dah berakhir. I feel great and great..
Jobless = doing nothing at home..just watching TV...online..kemas2 rumah and then whatsapp dengan kwn2. It's sound fun actually but the true facts is wasting your time  and no one will help me to pay the bill. Price tag everywherelah..need $$$ to buy u necessary.

Last week i have a lot of interview schedule with various company. Syukur ramai yang panggil...rupanya pandai juga aku mengarang personal resume sampai ramai yang memanggil. lol...
Saya ada mempertimbangkan juga untuk work with company yang dah ada kawan sedia..tapi masa nak pergi interview tu ada masalah kesihatan telah berlaku. So aku nak minta balik untuk interview tu aku segan sangat2 dah. Aku segan dan takut pula nak minta balik.

Ada banyak yg aku tak pergi interview sebab lokasi dia aku tak berapa berkenan dan yang lain aku malas nak hadir interview tersebut.
Tapi aku bersyukur sangat sebab Aku dah dapat kerja dengan A*** dekat KL. Company Japan lagi tapi i hope this company will be okay..colleague okay..boss okay...environment okay and kerja pun okay...and aku berharap sangat supaya user dekat company itu baik-baik belaka.
Apa pun ALL THE BEST FOR MYSELF...selamat mengharungi tempoh probabtion lagi dan bertekad untuk bertahan selama yang mungkin. Minimun pun 2 tahun..itu dah kira okay sangatlah tu. I hope mulut aku dah tak mencarut2 teruk2 lagi sepertimana aku kerja dengan previous company dulu.

chaow...

Monday, March 25, 2013

Yesterday by The Beatles

 Favorite song forever...Yesterday by The Beatles. I heard there too many version of this song...but i still in love with the original track. Layannn!!!

 
Yesterday, 
all my troubles seemed so far away 
Now it looks as though they're here to stay
  Oh, I believe in yesterday
 
Suddenly 
I'm not half the man I used to be
  There's a shadow hanging over me 
Oh, yesterday came suddenly
Why she had to go I don't know, 
she wouldn't say  
I said something wrong 
Now I long for yesterday
 
Yesterday 
love was such an easy game to play 
Now I need a place to hide away 
Oh, I believe in yesterday
Why’d she have to go? 
I don't know, she wouldn't say  
I said something wrong Now I long for yesterday
 
Yesterday 
love was such an easy game to play 
Now I need a place to hide away  
Oh, I believe in yesterday

Thursday, March 21, 2013

Sejenis..

Hari ni, rasa bosan sangat duduk terperuk dalam rumah. Maklumlah Aku masih lagi tanam anggur ni..that why duduk saja kat rumah mengemukkan badan dan memelihara lemak-lemak tepu kat badan ni supaya tak berkurang malah bertambah. LOL...haizzz. Oleh kerana kebosanan melanda...aku telah menjalankan diri sendiri ke shopping complex bukan niat untuk shopping tapi window shopping sahaja. Survey dulu nanti kalau sudah ada duit lebih sikit baru beli...pujuk hati sendiri.

Di masa aku leka memandang kiri kanan..perut pula dah bernyanyi-nyanyi merdu dengan lagu yuna "shine your ways"..minta di isi dengan makanan la tu. kalau makanan murah perut ni minta tak pe juga ni makanan mahal pula dah...haizzz.
Bercadang ke Kenny Rogers tapiiii....ramai oranglah tengah que. Hurm..okaylah pergi mcd sajalah. Tengah que untuk order tu terlihatlah seseorang yang aku kenali..tapi lain mcm je tu. Arghhh bukan dia tu kan kat dunia ada ada 7 pelanduk serupa monolog hatiku.
Okay order dah siap..chicken mcdeluxe dah depan mata apa lagi cari tempat duduk. Ya dapat tempat duduk tepi tingkap..sesuai untuk aku yang alone hari ni. Duduklah...tapi kat sebelah meja aku pula budak yang aku nampak tadi tu...alahai nak tegur ke x ye..nak tegur segan. pandang kiri..budak tu pandang aku. Amboi pakai kasut sneaker pink tu...wah..cantik bermonolog lagi dalam hati.

beberapa minit aku nak amik keputusan tegur or x tegur akhirnya aku tegur dia.
"Hai, apa kabar?" Tegurku sambil senyum manis..manisla sgt kan.
"baik..u pula apa kabar?" balasnya tersenyum manis juga smbil angkat kening nipis dia tu..amboi kening aku pun xsenipis dia...kening dia mcm Ziana Zain gitu.
"Okay juga." balasku sambil senyum lagi.

Tiba-tiba lelaki kat sebelah dia meyampuk dengan suara yang ehem..manja sekali.
"Honey...Sape tu?, u jgnla layan org lain...i dpan u, u layanlah i" ujarnya manja sekali sambil tangan dia peluk pinggang si budak yg aku kenal tu.
Mak aiks..manjanya dia ni girlfriend or boyfriend si budak ni.
however..yg aku pasti budak ni lelaki. Senior aku kot masa SMK dulu...memang masa SMK dulu dia memang dh nampak lembut tapi xsemacam ni..hurm apa-apa sajalah.

Hope they happy for their own ways...yang penting aku x akan hebah2kan kepada Ibu Bapa,family dia or kawan2 dia.
Aku pun tak reti nak nasihat orang ni..and aku pun bukan mulut tempayan dok soseh soseh.

hurmm...
The End

Friday, March 15, 2013

Kurus Vs Gemuk

Everyday, as a normal girl..bangun..get ready to go work..pakai cream moisturize & sunblock kat muka..pakai bedak..pakai lip Essence and belek-belek kejap badan depan cermin. Okay Done...Ambil beg and bergegas pergi kerja. I don't like wearing make up...i love my natural beauty. LOL.

Just Now...I got birthday party invitation from my old friend at her place. Okay I semangat nak pergi, siap beli birthday gift lagi but then...isk isk..really funny to mention here but i need to share juga..lol.
I buka locker pakaian I yang tak seberapa tu..cari pakaian yang cantik sikit untuk birthday party tu manalah tahu kan ada jejaka kacak kat party tu..haha.
Pilih punya pilih...and of course I pilih the most Favourite clothes lah..so comfortable,lawa and sopan at the same time. Okay I nak try dulu...and you guys know what???

I TAK MUAT DAH BAJU TU...DAH TAK COMFORTABLE RASA. Apa tak...lemak-lemak seakan-akan timbul saja. Perut ni dah jadi macam tayar kereta dah..berlapis weh.
So pissed off..apa ni? baju favourite dah tak boleh pakai...Macam na I boleh naik berat badan cepat sangat ni? Nampak teruk

See below image as your reference..
 

Wow...nampak tak different dia? Besar sangat tu beza dia. 
However..I still love myself. 
Whateverlah people call me gemuk or whatever..call la. I tak kisah..yang penting I'm happy.

So girl out there...I nak bagi sikit pesanan ni:

"KURUS KE, BERISI KE, YANG PENTING KITA SIHAT.
YANG KURUS, JANGAN SAMPAI KENA ANEROXIA.
YANG BERISI, JANGAN SAMPAI KENA  OBESITI
OKAY GIRLS :) " 

Monday, March 11, 2013

Sandiwara Di Lahad Datu?

TIDAK!!! 
Insiden pencerombohan Di Lahad Datu itu bukan sandiwara.
Nyawa manusia sudah terkorban..adakah itu sandiwara bagimu???
Ibu, Ayah, Isteri, Anak-anak, Ahli keluarga dan kawan-kawan kehilangan suami, abg, anak, saudara dan kawan ...adakah itu sandiwara juga bagimu???
Pernahkah kamu kehilangan orang tersayang...dan kamu menganggap itu sebagai satu sandiwara juga???

Sedih betul bila ada orang sanggup memberi kenyataan bahawa insiden itu hanyalah sandiwara politik.
Tak kasihan dekat penduduk Lahad Datu dan Semporna yang hidup dalam ketakutan dan kebimbangan?
Tak kasihan dengan pelajar-pelajar yang tak dapat meneruskan persekolahan sebab sekolah ditutup sementara waktu?
Tak kasihan tengok mereka tinggal di penempatan sementara?

Kalau pandai cakap itu semua sandiwara, kenapa tak turun saja ke Lahad Datu untuk berperang dengan intruder itu. Tengok depan mata macam mana perwira negara berjuang mempertahankan negara. 
Lepas itu bagitau kami adakah itu sandiwara atau tidak?
 
NYAWA ITU TAK BOLEH DIPERSANDIWARAKAN.
INGAT TU!!!

 

Friday, March 8, 2013

Aku tak bisa hidup tanpa kamu

Boring betul tak pergi kerja ni, bila pergi kerja pula dari saat bangun sampai nak tidur asyik merungut saja mulut ni. Tak pandai nak bersyukur betul. Bila dah ada peluang untuk berehat dekat rumah pun merungut juga...apalah sifat macam ni. Betul-betul tak ada kesyukuran dalam hati.

Memandangkan aku dah berhenti kerja, sekarang aku attend interview mana-mana company yang panggil aku. Syukur ada yang nampak kebolehan saya...ada yang tertarik dengan resume saya. 
Aku dah dapat kerja pun tempat kawan juga. Thanks Friend rekomen aku kerja situ...jasamu tak terbalas.
Buat sementara waktu ni aku duduk rumah, refresh balik tubuh badan ni..biar kerja baru nanti bersemangat dan bertenaga. 

Sebab aku tak ada kerja...aku bangun saja, buka TV..semua rancangan aku tengok sampaikan kartun Dora the Explorer tu pun aku boleh layan. haahaha..Itu tandanya aku memang serius bosan and I don't know what should i do for whole day selain tengok TV..buka PC online..buka FB..buka jobstreet and blogwalking.

Ni aku nak komen sikit drama-drama ni..tak kira la drama Melayu ke, drama Chinese ke, Drama korea ke, drama Indon ke  or drama sepanyol ke...alahaa...pendek kata semua drama la.
aku nak suggest dekat mana2 penulis or pengarah supaya cut ayat ni
"I CAN'T LIVE WITHOUT U"

sebab-sebabnya:
1) Masa dalam kandungan mcm na boleh hidup pula? masih tak ada perasaan or emosi..tak kan dah kenal kot dengan kekasih tu.

2) masa budak2 boleh jer riang ria mandi sungai, main guli dan main kejar2 dengan gembira. Ini bukan hidup ke?

3) Masa sekolah menengah boleh saja ada cinta monyet...amik exam and enjoy. Bukan hidup ke tu?

4) Bila dah besar, kerja..amik lesen...amik kereta...berdikari. bukan hidup juga ke tu?

Aku tak rasa tak munasabah langsung ayat mcm ni. Sebab seorang lelaki or perempuan boleh cakap mcm ni. menangis macam orang gila. Bunyi memang la romantik tapi cukuplah dengan ayat I love u...sayang u. Tak payahlah I can't live without u kan.

Fikir-fikirkan la...
 

Tuesday, March 5, 2013

Again..24 hours

Yes Again...saya resign dari current company. 
orang mesti kutuk saya kan...
why?? you kerja company multinational tu...company besar EPSON tu. napa you resign???

Yes i resign..confirm and 24 hours..and yesterday is my last day. 
saya dah kerja dengan EPSON ni kira2 4 bulan 26 hari lah.
kedengaran memang saya rugi sebab company ni besar kot, memang boleh survive kalau kerja sini.
gaji okay and makan kat cafe dia pun sgt2 murah..sehari kalau saya makan breakfast and lunch tak sampai RM5 pun.
Kerja sini sebenarnya ok..
yg paling saya suka pergi kerja dengan jeans and uniform. no need to worried nak pilih baju apa...kasut apa nak matching, tak perlu. rambut serabai saja pun tak de hal la.

SO kenapa saya resign??
sebab saya nak hidup as a normal person...laughing, shopping, praying and go relaxing my weekend with smile.
i working like 24 hours here, seriously...everyday i sleep less than 2 hours. mata saya dah jadi mcm panda...my house mess up. dengan baju bertimbun tak basuh dekat bakul. dengan pinggan mangkuk tak basuh..rumah tak bersapu...rumah berselerak...
i don't have time to clean and clear all...seriously i just do my work..work work and tak pandai nak habis.
company ni beroperasi 24 hours...saya kena tengok program if production tak boleh buat label.
download data from subconn...
interface data from or sent to Japan.
the other reason is...no one care bout how hard i work. budak baru dua org tu tak boleh harap langsung. last2 saya kena buat kerja dorg jg...
lagi bengang saya minta tlg boss utk fix error tu...tau x dia panggil saya balik n then tanya how we can do that???
so i kena bagi my suggestion pula..last2 aku juga yang kena.
kalau ada export yang kena delay...aku yang tanggung. nama aku kena petik...
conclusion is all mistake is my fault.
some more, certain user dekat company agak biadap...sgt dan sgt.
semua selfish...dorang tau menyuruh saja tapi dorg x fikir i alone.

so i decide to resign 24 hours...i'm not a robot.