Thursday, March 21, 2013

Sejenis..

Hari ni, rasa bosan sangat duduk terperuk dalam rumah. Maklumlah Aku masih lagi tanam anggur ni..that why duduk saja kat rumah mengemukkan badan dan memelihara lemak-lemak tepu kat badan ni supaya tak berkurang malah bertambah. LOL...haizzz. Oleh kerana kebosanan melanda...aku telah menjalankan diri sendiri ke shopping complex bukan niat untuk shopping tapi window shopping sahaja. Survey dulu nanti kalau sudah ada duit lebih sikit baru beli...pujuk hati sendiri.

Di masa aku leka memandang kiri kanan..perut pula dah bernyanyi-nyanyi merdu dengan lagu yuna "shine your ways"..minta di isi dengan makanan la tu. kalau makanan murah perut ni minta tak pe juga ni makanan mahal pula dah...haizzz.
Bercadang ke Kenny Rogers tapiiii....ramai oranglah tengah que. Hurm..okaylah pergi mcd sajalah. Tengah que untuk order tu terlihatlah seseorang yang aku kenali..tapi lain mcm je tu. Arghhh bukan dia tu kan kat dunia ada ada 7 pelanduk serupa monolog hatiku.
Okay order dah siap..chicken mcdeluxe dah depan mata apa lagi cari tempat duduk. Ya dapat tempat duduk tepi tingkap..sesuai untuk aku yang alone hari ni. Duduklah...tapi kat sebelah meja aku pula budak yang aku nampak tadi tu...alahai nak tegur ke x ye..nak tegur segan. pandang kiri..budak tu pandang aku. Amboi pakai kasut sneaker pink tu...wah..cantik bermonolog lagi dalam hati.

beberapa minit aku nak amik keputusan tegur or x tegur akhirnya aku tegur dia.
"Hai, apa kabar?" Tegurku sambil senyum manis..manisla sgt kan.
"baik..u pula apa kabar?" balasnya tersenyum manis juga smbil angkat kening nipis dia tu..amboi kening aku pun xsenipis dia...kening dia mcm Ziana Zain gitu.
"Okay juga." balasku sambil senyum lagi.

Tiba-tiba lelaki kat sebelah dia meyampuk dengan suara yang ehem..manja sekali.
"Honey...Sape tu?, u jgnla layan org lain...i dpan u, u layanlah i" ujarnya manja sekali sambil tangan dia peluk pinggang si budak yg aku kenal tu.
Mak aiks..manjanya dia ni girlfriend or boyfriend si budak ni.
however..yg aku pasti budak ni lelaki. Senior aku kot masa SMK dulu...memang masa SMK dulu dia memang dh nampak lembut tapi xsemacam ni..hurm apa-apa sajalah.

Hope they happy for their own ways...yang penting aku x akan hebah2kan kepada Ibu Bapa,family dia or kawan2 dia.
Aku pun tak reti nak nasihat orang ni..and aku pun bukan mulut tempayan dok soseh soseh.

hurmm...
The End

2 comments:

  1. ommg!! fonenkah budak tu airen? ahahhaa

    ReplyDelete
  2. ha'ah zura...dah xtau nak cakap apa. lawa dr aku dah sekrg. Mak bapak dia kt kampung dok puji anak dia baik..jantanla...xtaula nak cakap apa

    ReplyDelete