Monday, March 11, 2013

Sandiwara Di Lahad Datu?

TIDAK!!! 
Insiden pencerombohan Di Lahad Datu itu bukan sandiwara.
Nyawa manusia sudah terkorban..adakah itu sandiwara bagimu???
Ibu, Ayah, Isteri, Anak-anak, Ahli keluarga dan kawan-kawan kehilangan suami, abg, anak, saudara dan kawan ...adakah itu sandiwara juga bagimu???
Pernahkah kamu kehilangan orang tersayang...dan kamu menganggap itu sebagai satu sandiwara juga???

Sedih betul bila ada orang sanggup memberi kenyataan bahawa insiden itu hanyalah sandiwara politik.
Tak kasihan dekat penduduk Lahad Datu dan Semporna yang hidup dalam ketakutan dan kebimbangan?
Tak kasihan dengan pelajar-pelajar yang tak dapat meneruskan persekolahan sebab sekolah ditutup sementara waktu?
Tak kasihan tengok mereka tinggal di penempatan sementara?

Kalau pandai cakap itu semua sandiwara, kenapa tak turun saja ke Lahad Datu untuk berperang dengan intruder itu. Tengok depan mata macam mana perwira negara berjuang mempertahankan negara. 
Lepas itu bagitau kami adakah itu sandiwara atau tidak?
 
NYAWA ITU TAK BOLEH DIPERSANDIWARAKAN.
INGAT TU!!!

 

No comments:

Post a Comment