Wednesday, November 2, 2011

Oh Human Being!!!

Dunia masa kini, kaya dengan teknologi canggih yang sangat menakjubkan.Terlalu banyak perbezaan diantara dunia dahulu dengan dunia masa kini. Semua teknologi canggih dan hebat yang kita lihat dan nikmati pada hari ini ialah hasil buah fikiran daripada manusia yang berfikiran kreatif dan genius,contoh Steve Jobs and Bill Gates. Ya..kita berterima kasih kepada mereka yang telah mencipta teknologi hebat ini. Mereka adalah manusia istimewa yang diberkati dengan otak yang pintar. 
Okay..lupakan tentang kehebatan manusia genius.Mari kita mengimbas pula tentang kecanggihan kejahatan manusia. Rasanya, kejahatan manusia sudah berlarutan sejak dahulu kala lagi....yang lemah ditindas dan yang kuat makin kuat. Terbaca blog seorang blogger tadi tentang kekejaman, kezaliman dan kekejian manusia yang bergelar lelaki terhadap seorang wanita. Wanita ini dikurung dalam tempoh yang lama,dirogol hampir 1000x, diseksa..dipaksa...dipukul...ditendang....dicucuh cigarette sehingga akhirnya wanita ini meninggal dunia dengan keadaan yang sangat  ngeri dan teruk.  Wanita pun manusia juga..kenapa mesti dilayan lebih teruk dari binatang...even binatang pun korg xlayan seteruk 2....kreatif sangat otak korg ni. . Tahap mentaliti seperti manusia ini lebih rendah dari binatang. Yang geramnya...pelaku ini kena hukuman penjara  5 tahun sahaja. Huh...xpe pelaku ini boleh tersenyum gembira sebab terlepas dari hukuman dunia tapi jangan harap akan terlepas hukuman selepas mati. 
Semua orang ada kepercayaan masing-masing dan saya percaya tiada agama yang mengajar kejahatan..Sedih gila bila everyday ada saja kejahatan manusia yang berlaku. And i believe this is never end...so kita yang masih bergelar manusia normal..mari melindungi yang lemah dan jauhkan diri kita dari kejahatan.

No comments:

Post a Comment